Atikah Suhaime tamat zaman bujang, sah jadi isteri Datuk Lokman Teh

Pelakon kelahiran Singapura, Atikah Suhaime kini sah bergelar isteri kepada seorang usahawan, Datuk Lokman Teh selepas mengikat tali pertunangan pada Disember tahun lalu.

Atikah atau nama lengkapnya. Nur Atikah Mohd Suhaime, 33, dinikahkan sendiri oleh bapanya dalam satu sebuah majlis tertutup di Kuala Lumpur pada Ahad.

Pelakon filem My Stupid Boss itu menerima mas kahwin sebanyak RM300 manakala nilai wang hantaran dirahsiakan.

Dalam majlis yang hanya dihadiri oleh ahli keluarga dan kenalan terdekat itu, Atikah menerima tujuh dulang hantaran dengan berbalas sembilan dulang kepada pengantin lelaki.

Difahamkan, pasangan itu mula saling mengenali sejak 2019.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat