Gara-gara disahkan positif ujian doping ketika Kejohanan Trek dan Balapan Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) 2023, seorang atlet olahraga terpaksa digantung selama dua tahun.
Atlet tersebut dilarang untuk menyertai mana-mana acara sukan bermua 2 Jun 2023 hingga 1 Jun 2025.
Menurut Agensi Anti-Doping Malaysia (Adamas), Panel Pendengaran Anti-Doping Malaysia memaklumkan atlet tersebut melanggar Peraturan Anti-Doping Adamas 2021 dan hukuman itu selaras dengan Peratusan Anti-Doping Adamas 2021 dan World Anti-Doping Code 2021.
Dalam satu kenyataan pada Rabu, Adamas memberitahu, kes atlet berkenaan sudah dijalankan dengan telus berdasarkan Peratusan Anti-Doping Adamas 2021 dan International Standart For Results Management (ISRM).
“Prinsip kebertanggungjawaban mutlak (Principle of Strict Liability) adalah terpakai kepada atlet. Ini bermakna setiap atlet harus bertanggungjawab sepenuhnya terhadap bahan yang terdapat dalam sampel urin dan/atau sampel darah mereka yang diambil semasa pengujian kawalan doping, tidak kira sama ada atlet itu secara sengaja atau tidak sengaja menggunakan bahan atau kaedah terlarang.
“Oleh itu, adalah penting untuk semua atlet dan kakitangan sokongan atlet mematuhi peraturan anti-doping dan memahami tanggungjawab mereka di bawah Kod Anti-Doping Dunia,” katanya.
Sementara itu, Adamas turut memaklumkan bahawa atlet berkenaan boleh mengemukakan rayuan secara bertulis terhadap keputusan terbabait selewat-lewatnya 24 Januari depan.
Baca juga:








