ATM Pemudah Cara Mesyuarat Sempadan Thailand-Kemboja

PETALING JAYA: Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan bertindak sebagai pemudah cara bagi Mesyuarat Jawatankuasa Sempadan Am (General Border Committee, GBC) antara Thailand dan Kemboja yang dijadual berlangsung di Kuala Lumpur dari 4 hingga 7 Ogos ini.

Menurut ATM, Mesyuarat itu sebahagian daripada pelaksanaan perjanjian gencatan senjata antara kedua buah negara yang dimeterai pada 28 Julai lalu, hasil rundingan yang dimediasi oleh Malaysia.

“Malaysia dipilih sebagai lokasi berkecuali secara bersama oleh Thailand dan Kemboja bagi rundingan kali ini, yang bertujuan menyelesaikan pertikaian sempadan yang semakin tegang sejak beberapa minggu lalu”Katanya.

Antara agenda utama yang akan dibincangkan ialah penyediaan Terma Rujukan (ToR) untuk penempatan pegawai pertahanan sebagai pasukan interim serta cadangan penempatan Kumpulan Pemantau ASEAN.

Dalam masa sama, pihaknya komited menyokong usaha diplomasi pertahanan bagi memastikan keamanan dan kestabilan rantau ini terus terpelihara.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat