Aura ‘John Lennon’ di konsert Dewa 19 Sabtu ini

Oleh: Tyah Helmi

JAVIER Parisi bakal cetus fenomena John Lennon di Unifi Arena pada 6 Jun kelak.

Menerusi kenyataan oleh penganjur hiburan dan konsert terkenal Icon Entertainment, Parisi yang dikenali di peringkat antarabangsa kerana penampilannya yang menyerupai legenda muzik dunia, John Lennon, dijangka membawa penonton mengimbau nostalgia menerusi lagu-lagu ikonik yang pernah dipopularkan anggota The Beatles itu.

“Bayangkan Kuala Lumpur, Malaysia.

“Ini Javir Parisi dan saya menanti-nantikan berjumpa anda di Unifi Arena 6 Jun ini.

“Jumpa anda di sana,” katanya.

Melihat kepada rakaman video khas yang dikongsikannya kepada peminat di Malaysia, Parisi melahirkan keterujaannya untuk bertemu penonton tempatan dan mengajak hadir memeriahkan persembahan berkenaan’

Icon Entertainment memaklumkan persembahan berkenaan bakal mengetengahkan pengalaman unik yang menggabungkan elemen muzik, nyanyian serta karakter John Lennon yang dibawakan Parisi.

Menurut penganjur, konsert itu memberi peluang kepada peminat untuk menghayati semula karya-karya malar segar yang pernah mewarnai industri muzik dunia, sekali gus mengimbau kenangan era kegemilangan The Beatles.

Konsert Cintaku Tertinggal di Malaysia dijangka menjadi platform buat peminat menyanyikan bersama lagu-lagu popular yang sinonim dengan John Lennon dalam suasana penuh nostalgia.

Tiket persembahan berkenaan kini ditawarkan kepada orang ramai menjelang pementasan yang bakal berlangsung di Unifi Arena, Bukit Jalil.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat