Avantgardey pilih Malaysia destinasi ‘debut’ pertama

Oleh: Haikal Tajuddin

KUMPULAN berseragam sekolah, berambut pendek dan berkarektor misteri memilih Malaysia sebagai negara pertama untuk mengadakan persembahan ‘debut’ mereka 22 Disember ini.

Kumpulan tarian dari Jepun itu dianjurkan oleh Supreme Media (HK) bersama dengan Westec media iaitu selaku Penganjur Bersama sehingga dinobatkan sebagai nobat bintang baharu.

Kumpulan itu akan melakukan persembahan selama 80 minit di ZEPP Kuala Lumpur dengan persembahan pelbagai tarian khas kepada peminat di Malaysia.

“Kumpulan Avantgardey akan mengujakan penonton dengan kreativiti dan ekspresi yang luar biasa buat kali ini disamping terdapat juga gabungan visual yang menakjubkan.

“Ini merupakan peluang yang tidak boleh dilepaskan kerana dapat menyaksikan bakat kami secara langsung,” jelas Avantgardey dalam satu kenyataan media.

Avantgardey merupakan kumpulan tarian wanita yang popular dari negara Jepun yang terdiri daripada 17 penari yang mahir dan ekspresif sehingga menggemparkan dunia.

Mereka juga terpilih untuk melakukan persembahan di America’s Got Talent sehingga mendapat perhatian ramai dari pelusuk dunia sehingga diiktiraf sebagai bintang baru pada tahun 2023.

Anda Mungkin Berminat