TEHRAN: Pemimpin Tertinggi Iran, Ayatollah Ali Khamenei mendakwa Amerika Syarikat (AS) harus bertanggungjawab ke atas kematian rakyat Iran susulan protes anti kerajaan yang berlarutan beberapa minggu di negara itu.
Memetik Al Jazeera, Khamenei turut menuduh Presiden AS, Donald Trump sebagai ‘penjenayah’ sambil mendakwa campur tangan kepimpinan AS dalam apa yang disifatkannya sebagai hasutan anti-Iran.
Media rasmi Iran pula melaporkan, Khamenei berkata bahawa gelombang protes terbaharu itu berbeza kerana penglibatan peribadi presiden AS dalam isu berkenaan.
Dalam perkembangan yang sama, pihak berkuasa Iran terus menuding jari kepada kuasa asing sebagai punca ketidakstabilan, dengan menuduh musuh geopolitik lamanya, khususnya Israel dan AS, sebagai dalang yang menyemarakkan kekacauan serta mengarahkan operasi di lapangan.
Khamenei bagaimanapun menegaskan Iran tidak akan mencetuskan konflik di luar sempadannya, namun memberi amaran bahawa pihak yang dianggap bertanggungjawab tidak akan terlepas daripada tindakan.
Beliau berkata, negaranya tidak akan membawa negara ke kancah peperangan, tetapi tidak akan membiarkan penjenayah domestik atau antarabangsa terlepas daripada hukuman.
Baca juga:








