Oleh: Kamilia Ali
SELEBRITI kecil molek, Ayda Jebat mempersoalkan ragam peminatnya yang semakin pelik kerana terlalu ‘mesra’ mendekati dirinya.
Menulis di media sosialnya, Ayda atau nama sebenarnya, Nur Suhada Jebat, 32 berkata dia sering berasa keliru dengan pendekatan peminat yang tiba-tiba menyentuhnya semata-mata untuk bergambar dan ada yang sampai mencium pipinya.
“Ragam orang lain-lain kan. Lately saya asyik terkedu bila keluar. Ada yang tepuk bahu daripada belakang ‘nak bergambar’.
“Ada yang terus depan muka amik gambar kemudian cakap ‘ok dapat’ lepastu jalan je. Ada mak cik yang terus cium dahi, cium pipi lepas itu jalan tanpa berkata apa-apa. Alhamdulillah orang sayang tapi…” luahnya di TikTok.
Dalam hantaran sama, Ayda turut meminta pandangan netizen adakah tindakan tersebut merupakan perkara yang normal.
“Nak buat apa kalau macam ini? Okay ke tak?” tanyanya ringkas.
Rara-rata netizen di media sosial turut memberikan nasihat serta tindakan yang sewajarnya untuk mendekati artis yang diminati dengan lebih sopan.
“Patut minta kebenaran, guna adab dan budi bahasa dulu. Tak baik buat artis kesayangan sampai macam itu,” komen Husszaymah Abu Samah.
“Lantik bodyguard (pengawal peribadi). Zaman sekarang ini sangat bahaya ya. Kita tidak tahu apa niat orang terhadap kita. Jaga diri Ayda!” celah GrilledOctopus.
“Kesian Ayda, dia pun nak juga hidup macam biasa. Apa salahnya berbahasa elok-elok kalau ye pun. Kita orang Malaysia, ada adab,” tegas Cik Bunga.
“Tidak normal, sedikit pun tidak normal langsung,” kata PeminatKomik.
Baca juga: