Ayuh! Turun ke jalanan dan beri tekanan kepada AS petang ini

PETALING JAYA: Semua rakyat Malaysia yang berkelapangan dijemput untuk turun ke jalanan dan memberi tekanan kepada Amerika Syarikat (AS) menerusi kedutaan AS dekat sini.

Ketua Pegawai Eksekutif Cinta Gaza Malaysia (CGM), Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman berkata demikian bagi mengajak semua pihak menyatakan bantahan terhadap penahanan 12 aktivis Malaysia dalam konvoi Global Sumud Flotilla (GSF) awal pagi tadi.

“Tugas peserta GSF selesai. Kini tugas kalian turun ke jalanan dan memberikan tekanan! Himpunan Sumud Flotilla, 2 Oktober 2025 (Khamis), 4.00 Petang dan berkumpul di The Linc KL menuju Kedutaan AS.

“Contact person PU Amin dan IM Asyraf. Turun semua, sebarkan,” tulisnnya lagi di media sosial pada Khamis.

Terdahulu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan sedang giat membantu dan menghubungi pihak berkepentingan dengan sehabis baik dalam usaha menyelamatkan rakyat Malaysia dan delegasi Misi Global Sumud Flotilla (GSF) yang ditahan Israel pada awal pagi Khamis.

Anwar turut meminta seluruh ahli keluarga aktivis dan sukarelawan Malaysia, ASEAN dan antarabangsa untuk terus diberikan kekuatan dan ketabahan.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat