Kualiti udara merosot, wilayah Sarawak berpotensi dilanda jerebu

Oleh: Kamilia Ali

SARAWAK: Kualiti udara ambien di Sarawak telah menunjukkan tren bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) yang meningkat sejak 1 September 2024.

Menurut kenyataan dikeluarkan Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar (NREB), sejumlah 20 titik panas telah dikesan di Sarawak dan pada tempoh yang sama, terdapat 1,825 titik panas telah dikesan di Kalimantan, Indonesia.

“Oleh kerana negara kita berada dalam fasa Monsun Barat Daya yang bermula pada 17 Mei 2024 dan dijangka berakhir pada September 2024, rantau negara akan menerima tiupan angin secara konsisten.

“Keadaan ini berpotensi menyebabkan kemungkinan jerebu rentas sempadan dan kemerosotan kualiti udara ambien di wilayah Sarawak.

“NREB mengambil langkah dengan mengaktifkan bilik operasi jerebu, rondaan lapangan, memberhentikan pengeluaran permit pembakaran terkawal serta notis larangan pembakaran terbuka bagi memastikan kualiti udara terjaga,” katanya.

Dalam pada itu, orang ramai juga disarankan untuk mengambil beberapa langkah ketika menghadapi tempoh cuaca panas dan kering termasuk minum air dengan secukupnya dan mengurangkan aktiviti di luar rumah terutamanya golongan berisiko tinggi.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat