Bah di Terengganu makin pulih

KUALA TERENGGANU: Banjir di negeri ini semakin pulih berkurangan daripada 229 orang malam tadi kepada 216 mangsa setakat 8 pagi hari ini.

Menerusi laman sesawang info bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), mangsa ditempatkan di enam pusat pemindahan sementara (PPS) Marang dan Dungun.

Sementara itu, Melaka pula mencatatkan 175 orang ditempatkan di tiga PPS.

Seterusnya disusuli dengan Kelantan (76), Sarawak (18), Johor (11) dan Selangor seramai tujuh orang.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat