Bangunan Pentadbiran SM Sains Alam Shah Musnah Terbakar

CHERAS: Bangunan pentadbiran Sekolah Menengah Sains Alam Shah, Cheras musnah sepenuhnya dalam satu kebakaran awal pagi tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bandar Tun Razak, Mohd Azizi Abdullah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 4.15 pagi sebelum tiga jentera dari BBP Bandar Tun Razak, BBP Hang Tuah dan BBP Cheras bersama dua unit tangki air serta satu unit EMRS, digerakkan ke lokasi.

“Kebakaran melibatkan bangunan pentadbiran sekolah yang menempatkan bilik guru, bilik mesyuarat, bilik fail dan beberapa bilik lain,” katanya.

Menurut beliau, seramai 44 anggota terlibat dalam operasi pemadaman dan api berjaya dikawal sepenuhnya pada pukul 5.55 pagi.

Tiada mangsa dilaporkan cedera dan punca kejadian masih dalam siasatan.

Kebakaran memusnahkan keseluruhan struktur bangunan berkenaan.

Anda Mungkin Berminat