KOTA BHARU: Gara-gara hujan lebat 10 hari berturut-turut, lapan daerah di negeri Kelantan dilanda banjir melibatkan 1,955 orang terpaksa ditempatkan di 41 pusat pemindahan sementara (PPS) setakat 8.14 pagi tadi.
Menerusi laman sesawang info bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), daerah terbabit meliputi Pasir Puteh (541 orang), Jeli (373), Bachok (338), Pasir Mas (301), Kuala Krai (243), Tanah Merah (143), Machang (61) dan Kota Bharu seramai 60 orang.

Sehingga berita ini ditulis, hujan masih lebat di beberapa daerah yang rendah lembahnya.
Sementara itu, di Terengganu pula suasana makin pulih dengan hanya 129 orang di 12 PPS tiga daerah iaitu di Besut, Marang dah Hulu Terengganu.
Manakala di Johor dan Sarawak pula, masing-masing mencatatkan 28 orang di satu PPS Segamat dan 18 orang di satu PPS Betong.
Dalam pada itu, laman sesawang Public Info Banjir menerusi Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia memberi amaran status aras air sungai Kelantan melebihi aras bahaya terutamanya di jajahan Pasir Putih.
Baca juga: