Oleh: Tyah Helmi
IPOH: Hujan lebat yang berterusan sejak awal pagi tadi menyebabkan banjir kilat di beberapa kawasan di Perak, melibatkan dua daerah iaitu Kinta dan Manjung, dengan sekurang-kurangnya 27 buah rumah terjejas.
Dalam pada itu di daerah Tronoh, hujan lebat lebih dua jam sejak jam 1.45 pagi tadi turut mengakibatkan Sungai Bangkong melimpah, menyebabkan air memasuki 12 buah rumah di Kampung Nala.
Selain itu, daerah Manjung turut dilanda banjir kilat membabitkan empat kampung iaitu Kampung Teluk Kechil, Kampung Masjid, Kampung Sungai Pinang Besar dan Taman Pangkor Indah, Teluk Bharu.
Difahamkan, fenomena air pasang turut menyebabkan air parit dan longkang turut melimpah sehingga memasuki kira-kira 15 rumah.
Pusat Kawalan Operasi Daerah (PKOD)
Angkatan Pertahanan Awam (APM) Daerah Manjung dalam kenyataan memaklumkan bahawa 10 rumah di Taman Hijau dan 21 rumah di Taman Sri Mawar, Astaka, Sitiawan terjejas akibat banjir, namun air telah surut sepenuhnya.
Kenyataan tersebut memaklumkan bahawa dua rumah di Kampung Padang Tembak, dekat Pangkor, turut dinaiki air.