Banjir Sarawak meningkat, 12,470 mangsa berlindung di 62 PPS

Oleh: Kamilia Ali

KUCHING: Bencana banjir di Sarawak semakin bertambah buruk dengan peningkatan seramai 12,470 orang daripada 3,618 keluarga berlindung di 62 Pusat Perlindungan Sementara (PPS) setakat pukul 7 pagi ini.

Jumlah peningkatan itu berikutan pembukaan satu lagi PPS mangsa banjir di Sibu petang semalam.

Menurut laporan Jurucakap Sekretriat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak, seramai 12,264 mangsa daripada 3,570 keluarga yang berlindung di 62 PPS.

Selain itu, Sarawak juga menghadapi bencana tanah runtuh dengan 169 orang daripada 39 keluarga yang kini berlindung di tiga PPS.

Satu PPS turut dijadikan tempat perlindungan bagi 37 orang daripada sembilan keluarga yang merupakan mangsa kebakaran rumah panjang.

Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) meramalkan hujan lebat berterusan di beberapa kawasan di Sarawak seperti Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei dan Meradong yang berkemungkinan akan memperburuk keadaan banjir.

Anda Mungkin Berminat