Oleh: Tyah Helmi
PETALING JAYA: Beberapa daerah di Shah Alam dan Klang mula dinaiki air setelah air hujan dilaporkan mengalir secara berterusan sejak petang Ahad semalam.
Menerusi kenyataan di Facebook rasmi Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) pada Isnin, paras air telah meningkat di beberapa kawasan iaitu di Jalan Kampung Kubu Gajah 10 bersebelahan Jalan Kampung Gajah 5, Seksyen U17, Shah Alam.
“Jalan Kampung Kubu Gajah 5 kini tidak boleh dilalui akibat paras air meningkat manakala Persiaran Budiman menghala ke Seksyen 25 turut dinaiki air.
Justeru, orang ramai dinasihatkan untuk lebih berhati-hati dan menggunakan laluan alternatif demi keselamatan.
“Anggota penguat kuasa MBSA membantu memindahkan warga emas di Lorong Desa Kemuning 2B, Taman Desa Kemuning, Seksyen 35 Shah Alam ke lokasi yang lebih selamat,” katanya.
Difahamkan, anggota Pasukan PANTAS MBSA turut menjalankan pemantauan di beberapa kawasan tumpuan banjir seperti Sungai Damansara, Seksyen 13, Shah Alam.
Baca juga:








