Bantuan Deepavali Buat 105 Penerima E-Kasih Di Indera Mahkota 2

KUANTAN: Seramai 105 penerima E-Kasih di Indera Mahkota 2 menerima suntikan semangat menjelang Deepavali apabila mereka diberikan bantuan tunai RM250 dan bakul makanan dalam satu majlis penuh mesra dan kasih sayang.

Majlis penyerahan bantuan itu disempurnakan oleh Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri, Datuk Ahmad Farhan Fauzi, dalam program khas menyantuni komuniti India yang berlangsung pada Khamis.

Menurut Ahmad Farhan, sumbangan tersebut bukan sekadar bantuan kewangan tetapi lambang keprihatinan kerajaan terhadap kesejahteraan rakyat tanpa mengira latar belakang kaum dan agama.

“Kerajaan MADANI di bawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, sentiasa berusaha mengangkat martabat masyarakat India melalui pelbagai inisiatif dalam Belanjawan MADANI 2026,” katanya.

Beliau turut menggariskan beberapa langkah penting yang telah diambil kerajaan untuk memperkukuh sokongan terhadap komuniti India termasuk peningkatan peruntukan bagi program Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA).

Selain itu katanya, sebanyak RM220 juta telah diperuntukkan melalui agensi seperti MITRA, TEKUN dan AIM bagi memperkasa usahawan India, manakala RM50 juta disalurkan untuk kerja-kerja membaik pulih kuil Hindu dan rumah ibadat bukan Islam.

Kerajaan juga memperuntukkan RM90 juta bagi menaik taraf prasarana kampung masyarakat India di seluruh negara sebagai usaha berterusan untuk menjamin kesejahteraan dan pembangunan komuniti.

“Kerajaan juga memperuntukkan RM50 juta bagi membaik pulih kuil Hindu dan rumah ibadat bukan Islam serta RM90 juta untuk menaik taraf prasarana kampung masyarakat India di seluruh negara,” ujarnya.

Ahmad Farhan menzahirkan harapan agar sambutan Deepavali tahun ini membawa sinar baharu buat masyarakat India, dengan penuh harapan dan kasih sayang.

Anda Mungkin Berminat