Bapa kandung disyaki rogol anak umur 8 tahun ditahan

Oleh: Hanim Nadia

PETALING JAYA: Bapa berusia 33 tahun ditahan selepas disyaki merogol anak kandungnya berusia lapan tahun di Jeram, Selangor.

Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superitenden Azaharudin Tajudin berkata, laporan kejadian itu dibuat oleh ibu kandung mangsa di Balai Polis Jeram pada 1 Februari, kira-kira jam 8.29 malam.

“Pada 1 Februari, kira-kira jam 7 petang, mangsa telah memberitahu ibunya bahawa suspek telah melakukan hubungan seks dengannya.

“Suspek dan ibu mangsa telah bercerai sejak 13 Februari 2022 dan mangsa tinggal bersama bapanya.

“Mangsa dibenarkan tinggal bersama ibunya pada hujung minggu dan cuti sekolah,” katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Susulan laporan polis itu, sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Daerah Kuala Selangor telah bertindak menangkap suspek untuk siasatan.

Beliau berkata, suspek kini ditahan reman selama lima hari bermula 2 Februari hingga 7 Februari.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat