Battle of The Reds 2024: Liverpool padamkan impian juara United di Bukit Jalil

Pasukan pilihan legenda Liverpool mempamerkan ‘belang’ selepas menewaskan skuad pilihan legenda Manchester United dengan keputusan 4-2 pada aksi pertunjukan Battle of The Reds di Stadium Nasional Bukit Jalil pada Sabtu

Pada aksi tersebut, skuad The Red Devils telah diwakili oleh beberapa bekas pemain ternama seperti Wes Brown, Eric Djemba Djemba, Danny Webber, Mikael Silvestre, Dimitar Berbatov dan Teddy Sheringham.

Sementara itu, The Reds turut tidak ketinggalan membariskan bekas pemain berpengaruh seperti Emile Heskey, Glen Johnson, John Arne Riise, Vladimir Smicer, Steve McManaman, Florent Sinama, Jermaine Pennant, Djibril Cisse dan Luis Garcia.

Gol pembukaan dijaringkan menerusi gerakan menarik Cisse untuk meletakkan Liverpool didepan seawal minit ke-14.

Tersentak dengan jaringan tersebut, United menyamakan kedudukan hasil tandukan Berbatov berselang tiga minit kemudian selepas menerima hantaran Webber.

Selepas melakukan beberapa siri rebutan, Webber akhirnya menajaringkan gol selepas menamatkan peluang terhidang pada minit ke-39.

Diikuti pada separuh masa kedua, Liverpool dihadiahkan sepakan penalti yang berjaya disempurnakan oleh Cisse pada minit ke-44.

Jaringan tersebut menaikkan semangat Liverpool untuk terus menggandakan asakan Cisse sekali lagi meledak jaringan hatrik menerusi sepakan penalti.

Lebih 10,000 peminat Liverpool yang hadir bergembira apabila The Reds mengesahkan kemenangan menerusi jaringan keempat menerusi Sinama sebelum wisel penamat ditiupkan. 

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat