KUALA LUMPUR: Isu Pulau Batu Puteh akan dibahaskan oleh Ahli Parlimen hari ini, kata, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Jelasnya, beliau menyerahkan kepada Ahli Parlimen untuk membincangkan Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI).
“Saya rasa mereka (Ahli Parlimen) sedang berbincang mengenainya ketika mereka membahaskannya hari ini. Serahkan kepada mereka untuk bincang,” katanya lapor Berita Harian.
Anwar mengulas perkara ini selepas melancarkan Pejabat Kecerdasan Buatan Kebangsaan (NAIO) di Pusat Pameran dan Dagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) hari ini.
Perbahasan ini bagi mengkaji pengendalian perkara berkaitan dengan kes Kedaulatan Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan di Parlimen hari ini.
Perbahasan hari ini tertumpu kepada laporan RCI yang antara lain mengesyorkan siasatan jenayah boleh dimulakan terhadap bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengikut Seksyen 415(b) Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah Seksyen 417 dan Seksyen 418 kanun sama.
Sebelum ini, merujuk kepada kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said bahawa perkara ini akan dibincangkan di Parlimen hari ini.
Dalam ulasan awal berkenaan laporan RCI Batu Puteh, Anwar berkata laporan RCI itu mendedahkan kelemahan pengendalian isu berkenaan selain wujud unsur pengkhianatan.
Baca juga: