Bayar di lorong belakang, lagi kes polis beri ‘diskaun’ saman kepada pelancong

Tular di media sosial video mengenai video yang dipercayai melibatkan anggota polis menahan pelancong asing dipercayai disebabkan kesalahan lalu lintas.

Dalam video sama juga dikatakan, anggota berkenaan memberi ‘potongan harga’ kepada pelancong terbabit yang menunggang motosikal tanpa mengenakan topi keledar.

Kejadian yang dipercayai berlaku di Pulau Langkawi Kedah itu secara tidak langsung tular apabila terdengar kenyataan yang mengatakan; “Kami membuat pembayaran di lorong belakang.”

Kesalahan lalu lintas itu seharusnya mengakibatkan pesalah dikenakan saman sebanyak RM300. Bagaimanapun, tanpa perlu pengumuman rasmi atau acara tertentu, kakitangan awam itu sudah pun memberikan potongan harga, sekali gus menyebabkan penunggang berkenaan membayar saman RM100 sahaja.

“Kami membuat pembayaran di lorong belakang.

“Saya terkejut kerana dapat terlepas dengan kesalahan tersebut dengan begitu mudah disini berbanding di tempat lain,” kata lelaki tersebut dalam video yang menyatakan dirinya memilih untuk membayar RM100 kepada anggota berkenaan.

Sementara itu, Ketua Polis Kedah, Komisioner Fisol Salleh memberi reaksi terhadap isu tersebut memandangkan berlaku perkara sama melibatkan dua pempengaruh YouTube popular.

Fisol menegaskan bahawa polis di negeri berkenaan sentiasa peka mengenai isu yang serius ini.

“PDRM Kedah sentiasa peka dan mengambil berat tentang sebarang salah laku anggota dan pegawai PDRM untuk sentiasa bersikap profesional dalam memastikan ketelusan tindakan dalam menguatkuasakan undang-undang.

“Orang ramai dinsihatkan agar tidak membuat sebarang spekulasi atas kejadian ini kerana ia boleh mengganggu siasatan polis dalam membanteras jenayah,” katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat