PUTRAJAYA: Kementerian Kewangan (MOF) memaklumkan bahawa bayaran tunai program BUDI MADANI bagi bulan Jun mula disalurkan hari ini.
Dalam satu hantaran di Facebook rasmi, kementerian itu menjelaskan bahawa bantuan sebanyak RM200 diberikan secara tunai kepada penerima yang layak.
BUDI MADANI merangkumi tiga kategori utama iaitu BUDI MySubsidi Diesel bagi sektor pengangkutan darat, BUDI Agri-Komoditi untuk petani dan pekebun kecil, serta BUDI Individu.
Kategori BUDI Individu pula disasarkan kepada individu di Semenanjung Malaysia yang memiliki kenderaan diesel untuk kegunaan persendirian.
“Bayaran akan dikreditkan ke akaun bank berdaftar di bawah sistem BUDI Individu atau secara tunai di mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) bagi mereka yang tiada akaun,” jelas MOF dalam satu kenyataan.

Syarat Kelayakan BUDI Individu
Antara syarat kelayakan bagi permohonan BUDI Individu ialah:
- Warganegara Malaysia;
- Pendapatan tahunan pemohon atau pasangan tidak melebihi RM100,000;
- Memiliki kenderaan diesel untuk kegunaan persendirian dengan Lesen Kenderaan Motor (LKM) yang aktif;
- Kenderaan didaftarkan atas nama pemohon di Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menggunakan nombor MyKad;
- Kenderaan berada di Semenanjung Malaysia.
Pemohon tidak layak jika:
- Memiliki motosikal diesel;
- Kenderaan didaftarkan atas nama syarikat atau pertubuhan;
- Kenderaan mewah berusia kurang daripada 10 tahun;
- Kenderaan berdaftar sebagai e-hailing;
- Jenis kenderaan seperti karavan, motorhome, van persiaran dan bas persiaran.
MOF turut menjelaskan bahawa Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) berhak menyemak maklumat pendapatan pemohon dan boleh mengeluarkan notis di bawah Akta Cukai Pendapatan 1967 sekiranya perlu.
Permohonan BUDI MADANI dibuka sepanjang tahun tanpa tarikh tutup. Orang ramai boleh menyemak kelayakan dan membuat permohonan melalui portal rasmi:
Baca juga: