Beberapa daerah Kedah dilanda banjir kilat

SIK: Beberapa daerah di Kedah dilanda banjir kilat sejak semalam gara-gara hujan lebat di Gurun, Jitra, Changlun dan Kubang Pasu.

Hujan lebat semalaman menyebabkan air Sungai Chepir di Kampung Kemelong dan Kampung Titi Semang melimpahi tebing dan memasuki rumah penduduk.

Pegawai Pertahanan Awam Malaysia Daerah Sik, Leftenan (PA) Haisul Aishah Mohd Napiah berkata pemantauan dilakukan anggota APM Sik mendapati, sekurang-kurangnya tiga rumah di Kampung Kemelong dan sebuah rumah di Kampung Titi Semang dimasuki air.

“Bagaimanapun tiada pusat pemindahan sementara, PPS dibuka setakat ini,” katanya.

Justeru, orang awam di Daerah Sik terutama di kawasan berisiko tinggi dilanda bencana banjir diminta waspada dan peka seterusnya cakna dengan amaran banjir yang dikeluarkan pihak berkuasa.

“Mereka juga dinasihatkan supaya segera berpindah berpindah jika perlu,” katanya.

Anda Mungkin Berminat