Oleh: Tyah Helmi
PARIS: Beg tangan pertama jenama mewah Birkin mencatat rekod dunia apabila ia menjadi beg tangan paling mahal dijual dalam acara lelongan global dengan harga mencecah RM42 juta.
Walaupun tampak lusuh dan berusia, beg ikonik berkenaan jadi rebutan dalam acara rumah lelongan Sotheny’s dengan pertarungan bidaan berlaku selama 10 minit pada Khamis.
Kemenangan akhirnyajadi milik pengumpul peribadi dari Jepun.
Difahamkan, beg kulit hitam itu pada asalnya dibuat khas buat penyanyi Jane Birkin pada tahun 1985, selepas Jane menumpahkan barang peribadinya ketika duduk bersebelahan dengan ketua fesyen mewah Hermès dalam satu penerbangan.
Jane bertanya mengapa mereka tidak menghasilkan beg yang lebih besar, lalu ketua Hermès melakar rekaan beg baharu yang lebih praktikal tetapi tetap bergaya inspirasi daripada plastik muntah di dalam kapal terbang.
Digunakan hampir setiap hari antara 1985 hingga 1994, beg tersebut kini menjadi lambang kemewahan dan status eksklusif dalam dunia fesyen.
Ketua global bahagian beg tangan dan fesyen di Sotheby’s, Morgane Halimi berkata, harga jualan beg itu adalah gaya para pengumpulnya.
“Demonstrasi tentang kekuatan sebuah legenda dan keupayaannya untuk membangkitkan semangat serta keinginan para pengumpul yang mencari barangan luar biasa dengan asal-usul unik, demi memiliki titik permulaannya.
“Rekaan Birkin menjadi titik permulaan kepada kisah luar biasa yang melahirkan ikon moden, beg tangan Birkin, yang kini menjadi beg tangan paling diidamkan di dunia,” katanya.
Jumlah RM42 juta itu termasuk komisen dan yuran. Sotheby’s tidak mengumumkan anggaran harga sebelum lelongan.
Baca juga:








