Bekalan daging sentiasa cukup walaupun di musim perayaan

PETALING JAYA: Permintaan bekalan daging rakyat Malaysia mencukupi walaupun dalam tempoh perayaan, kata Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu.

Menurutnya, sepanjang tempoh Kerajaan Madani mentadbir, tiada lagi kejadian yang tidak diingini berkaitan bekalan daging.

“Bang Mat bersyukur, dalam tempoh tiga tahun ini, bekalan daging negara sentiasa mencukupi untuk kegunaan rakyat termasuk ketika permintaan memuncak pada musim perayaan seperti Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha.

“Dengan perancangan awal, kerjasama penternak dan sokongan dasar yang betul, bekalan daging untuk rakyat tahun hadapan juga akan terus terjamin,” katanya menerusi Facebook pada Ahad.

Untuk rekod, umat Islam dijangka menyambut Ramadan pada Februari 2026, dengan Aidilfitri di penghujung Mac 2026.

“Persiapan bekalan daging sudah pun dimulakan dari sekarang oleh penternak-penternak tempatan.

“Insha-Allah, keperluan asas rakyat akan kita dijaga, dan keselamatan makanan negara akan terus dipelihara,” katanya lagi.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat