BEIJING: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan sokongan Malaysia terhadap Belt and Road Initiative (BRI) yang diperkenalkan Presiden China, Xi Jinping, kerana mampu membuka peluang besar dalam bidang pelaburan dan pembangunan infrastruktur.
Beliau berkata, Malaysia melihat BRI sebagai platform penting untuk memperkukuh keterhubungan serantau serta mengembangkan jaringan perdagangan global, sekali gus memberi manfaat langsung kepada ekonomi negara.
Menurut Anwar, penglibatan aktif Malaysia dalam BRI selaras dengan usaha kerajaan meningkatkan daya saing melalui pembangunan sektor strategik dan industri bernilai tinggi.
Selain itu, beliau turut menyatakan sokongan terhadap Global Governance Initiative (GGI) yang digagaskan China, menegaskan Malaysia mahu bersama-sama membentuk sistem ekonomi dan politik dunia yang lebih adil dan seimbang.
Pertemuan Anwar dengan Presiden Xi di Great Hall of the People, Beijing, turut menyaksikan komitmen kedua-dua negara untuk memperkukuh kerjasama berteraskan kepercayaan dan keikhlasan.
Baca juga:








