Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (Mardi) berjaya menghasilkan tiga jenis bawang merah yang ditanam di kawasan seluas satu hektar di Kuala Bikam, Batang Padang, Perak.
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, usaha tersebut merupakan satu langkah kerajaan untuk menangani krisis bekalan bawang sejak 2020 akibat bencana banjir besar di India.
“India yang merupakan pembekal utama stok bawang di Malaysia telah menaikkan harga bawang di pasaran sebanyak 30 peratus kerana bencana tersebut.
“Jadi, saya telah megarahkan Mardi untuk menjalankan penyelidikan tahun lalu dan kita telah barjaya melancarkan tiga varieti Bawang Merah Mardi iaitu Baw-1, Baw-2 dan Baw-3,” katanya dalam satu kenyataan.
Mohamad turut menyatakan dia telah mengarah Mardi untuk memberi tumpuan yang lebih kepada varian Baw-1 kerana varian ini yang digunakan untuk ditanam di kawasan seluas satu hektar itu.
“Saya mahu Mardi fokus terhadap pertumbuhan dan pengeluaran Bawang Merah Mardi Baw-1 ini dan data-data yang diperoleh nanti akan dapat membantu Kementerian untuk merangka perancangan penanaman bawang merah tempatan ini secara besar-besaran,” ujarnya.
Baca juga: