Berkat ‘segulai sejalai’ rakyat, Malaysia terus ke hadapan


Oleh: Haikal Tajuddin

PETALING JAYA: Bukan perkara yang mudah, namun Kerajaan MADANI sentiasa berusaha memberikan khidmat terbaik buat rakyat Malaysia.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata pentadbiran Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam tempoh dua tahun ini berjaya melonjakkan ekonomi negara sepanjang 2024.

“Terima kasih kepada seluruh rakyat kerana berkat kerjasama ‘segulai sejalai’ semua lapisan rakyat dari sektor awam, swasta sehingga ke petani dan nelayan, Malaysia mampu mendepani apa jua cabaran untuk terus melangkah maju ke hadapan.

“Terima kasih atas sokongan dan kepercayaan rakyat Malaysia. Banyak dan besar lagi tanggungjawab kita di hadapan, antaranya peranan kita sebagai tuan rumah bagi Kepengerusian ASEAN 2025.

“Namun, itulah tujuan kita diamanahkan sebagai khalifah di muka bumi ini, untuk terus berjasa dan berbakti,” katanya menerusi Facebook sempena perutusan Tahun Baharu 2025.

Tambahnya, pelbagai isu di peringkat global seperti Pilihan Raya India, pemilihan semula Presiden Donald Trump, penyertaan Malaysia ke dalam blok ekonomi BRICS, kejatuhan rejim Bashaar Al-Assad dan kejatuhan Kerajaan Perancis wajar dicermati.

“Peristiwa-peristiwa ini mencerminkan perubahan dan perkembangan signifikan dalam arena politik global, sekaligus mengajar kita untuk melihat dunia dari lensa yang pelbagai, di samping menjadi peringatan untuk kita lekas beradaptasi dengan perubahan semasa yang semakin menginjak pantas,” katanya lagi.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat