Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) menegaskan, adalah menjadi keperluan untuk kes perbicaraan pengampunan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dibuat secara terbuka dan telus kepada umum.
Bersih menerusi satu kenyataan berkata, permohonan itu dibuat ekoran kes berkenaan membabitkan individu berprofil tinggi, serta melibatkan kes kepentingan umum serta dana awam seperti yang telah diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan sebelum ini.
Selain itu, BERSIH juga ingin mempersoal mengapa pihak Timbalan Pendakwa Raya (DPP) tidak membuat bantahan terhadap permohonan ini sekali gus menjelaskan kepada orang ramai alasan yang munasabah berhubung tindakan mereka itu.
“Perbicaraan kes berprofil tinggi sebegini harus dilihat telus dan terbuka kerana orang ramai berhak mengetahui kedudukan sebenar perjalanan kes yang sedang dibicarakan.
“Namun jika tidak, ia akan menimbulkan persepsi dua darjat yang boleh menghakis keyakinan awam terhadap kerajaan dan institusi keadilan negara kita,” ujarnya.
BERSIH turut menegaskan agar prinsip keadilan sedarjat dan keterbukaan harus sentiasa diangkat sebagai prinsip utama bagi memelihara sistem keadilan dan kedaulatan undang-undang negara.

Terdahulu, Hakim Amarjeet Singh membenarkan permohonan peguam Najib, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah agar prosiding terbuka permohonan itu ditukar ke perbicaraan di dalam kamar
Susulan itu media tidak dapat melaporkan prosiding itu.
Baca juga: