Pelakon Bollywood, Kriti Sanon menjadi mangsa kecerdasan buatan (AI) apabila gambar disunting dan menunjukkan dirinya bergambar tanpa mengenakan sebarang pakaian.
Memetik laporan daripada media tempatan, Oneindia, gambar bogel itu telah disunting oleh pihak yang tidak bertanggungjawab sehingga tular di media sosial.
Bukan sahaja gambar, malah wajah dan suara mereka turut disunting dan dijadikan sebagai kandungan lucah dan dimuat naik ke internet.
Disebabkan perkara tersebut semakin berleluasa. Perdana Menteri India, Narendra Modi mengambil serius tentang perkara ini dan memaklumkan kepada masyarakat untuk lebih berhati-hati dengan teknologi AI ini
“Saya mengharapkan agar masyarakat jangan mudah terpedaya dengan perkara sebegitu. Periksa dahulu kesahihan sebelum mempercayainya,” ujarnya.
Sebelum ini, antara selebriti lain yang turut menjadi mangsa ialah Priyanka Chopra, Kajol, Alia Bhat dan Rashmika Mandanna.