Berusia 119 tahun, wanita Brazil bakal dinobat tertua di dunia


Oleh: Haikal Tajuddin

RIO DE JANEIRO: Wanita kelahiran Brazil, yang diberi nama Deolira Gliceria Pedro da Silva, kini dalam proses diiktiraf Guinness World Records sebagai orang tertua di dunia.

Wanita itu, dilaporkan berusia 119 tahun dan bakal menyambut ulang tahun yang ke-120, sekitar dua bulan lagi.

Dalam masa sama, institusi tersebut juga cuba mengiktiraf seorang lagi biarawati dari selatan Brazil, Inah Canabarro Lucas, sebagai orang tertua yang masih hidup pada usia 116 tahun.

Namun, keluarga Pedro da Silva yakin bahawa neneknya akan dapat merampas ‘gelaran’ daripada wanita itu.

“Dia masih belum ada dalam buku, tetapi dia adalah yang tertua di dunia mengikut dokumen yang kami miliki tentangnya, seperti yang saya temui baru-baru ini,” kata cucu Deolira, memetik Reuters News pada Sabtu.

Menurut cucu Deolira, neneknya dilahirkan pada 10 Mac 1905 di kawasan luar bandar Porciuncula, sebuah pekan kecil di negeri Rio.

Bagaimanapun, banjir besar yang pernah berlaku di kawasan itu, sejak 20 tahun lalu telah menyebabkan kemusnahan kebanyakan dokumen asal Deolira, dan ia mungkin menjadi cabaran bagi pengiktirafan rasmi umurnya.

Kini, dia tinggal di sebuah rumah kampung di Itaperuna dan dijaga oleh dua cucunya, Doroteia, 60, dan Leida Ferreira da Silva, 64.

Nenek mereka juga turut dipantau oleh doktor dan penyelidik yang berminat untuk mengetahui bagaimana dia dapat hidup melepasi jangka hayat di Brazil, secara puratanya mencecah pada 76.4 tahun sahaja.

Dalam kesukaran tersebut, Pedro da Silva diyakini melebihi usia 100 tahun, kata seorang penyelidik di Universiti Sao Paulo, Mateus Vidigal.

Diperakui, pemakanan sihat dan tabiat tidur Pedro Silva adalah kunci utama dia dapat hidup sehingga ke hari ini.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat