Biar agensi buat kajian cadangan had usia persaraan ke 65 tahun – PM

PETALING JAYA: Agensi-agensi berkaitan akan membuat kajian terlebih dahulu sebelum kertas cadangan dibincangkan, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau mengulas mengenai cadangan untuk menaikkan had usia persaraan wajib daripada 60 kepada 65 tahun yang wajar diberi perhatian dan pertimbangan.

“Perkara ini masih belum dibawa ke Kabinet. Lazimnya kertas cadangan perlu dibincangkan terlebih dahulu sebelum dibentangkan kepada Jemaah Menteri.”

“Kita beri ruang untuk agensi-agensi berkaitan membuat kajian terlebih dahulu. Mereka perlu menilai pelbagai implikasi seperti kewangan, penduduk, peluang pekerjaan baharu, dan lain-lain,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas melancarkan Majlis Hadiah Bahasa Public Bank – Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) di sini hari ini. 

“Cadangan ini sememangnya wajar diberi perhatian dan pertimbangan yang sewajarnya. Namun begitu, biarlah agensi-agensi terlibat meneliti terlebih dahulu aspek-aspek seperti kos dan impak terhadap peluang pekerjaan, ” katanya lagi.

Kelmarin, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said mencadangkan kerajaan mempertimbangkan untuk menaikkan umur persaraan wajib kepada 65 tahun kerana ramai dalam kalangan mereka berusia 60 tahun ke atas masih aktif dan produktif.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat