PETALING JAYA: Projek perumahan rakyat baharu perlu dibangunkan berdekatan stesen pengangkutan awam bagi menggalakkan penggunaan sistem tersebut.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata ia penting bagi menangani masalah kesesakan seperti sekarang.
Beliau berkata demikian setelah mempengerusikan Forum Ilmuwan Malaysia MADANI (FIMM) Siri 6 yang berlangsung di Menara Prasarana malam tadi. Forum ini membincangkan topik “Pengangkutan untuk Rakyat: Mengimbangi Antara Kemampuan Rakyat, Kualiti dan Kemampanan Pengangkutan Awam”.
Beliau juga menekankan pentingnya menambah baik rangkaian perkhidmatan awam, khususnya dalam menangani isu kesesakan, kebolehpercayaan, dan akses untuk golongan berpendapatan rendah.
Forum ini turut disertai oleh Menteri Pengangkutan, Anthony Loke; Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Prasarana Malaysia Berhad, Mohd Azharuddin Mat Sah; serta Naib Canselor Universiti Putra Malaysia, Datuk Prof. Dr. Ahmad Farhan Mohd Sadullah.
FIMM merupakan platform wacana terbuka di bawah pendekatan Malaysia MADANI yang bertujuan membentuk dasar serta pembangunan negara secara lebih holistik.
Baca juga: