Empat wanita berdepan detik cemas apabila sebuah pusat rawatan kecantikan terletak di bangunan rumah kedai tiga tingkat di Indera Mahkota, Kuantan, Pahang, pada Khamis.
Menurut laporan Komander Operasi Kanan, Mohd Azaruddin Mohd Azan, kebakaran itu membabitkan sebuah bangunan kedai tiga tingkat telah terbakar sehingga 40 peratus di tingkat satu.
“Keempat-empat wanita yang menghuni di tingkat satu premis terbabit bertindak lari ke bahagian ‘awning’ bangunan untuk menyelamatkan diri selepas menyedari kebakaran.
“Kesemua mangsa berjaya diselamatkan oleh pasukan bomba dengan menggunakan tangga,” katanya dalam satu kenyataan.
Tambah Azaruddin, empat wanita terbabit dilaporkan mengalami sesak nafas dan telah dihantar ke hospital dengan menaiki kenderaan Unit EMRS dan ambulans Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi rawatan lanjut.
“Kebakaran itu memusnakan hampir 40 peratus pusat kecantikan di tingkat bawah rumah kedai terbabit,” tambahnya.
Pasukan Bomba dari dua buah balai berhampiran iaitu Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Indera Mahkota dan BBP Taman diarahkan ke lokasi kejadian.
Difahamkan, kebakaran dapat dikawal pada pukul 4.51 pagi dan kerja-kerja pembersihan giat dijalankan sehingga selesai.
Baca juga: