Buat pemeriksaan kenderaan palsu, bekas polis menyamar ditahan

Seorang bekas anggota polis ditahan atas kesalahan menyamar dengan mengenakan unifom dan membuat pemeriksaan ke atas sebuah kenderaan pada Jumaat lalu.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Allaudeen Abdul Majid berkata suspek merupakan anggota polis sebelum ini namun telah dibuang kerja.

Suspek berumur 40-an itu dipercayai dibuang daripada perkhidmatan pada 2022 itu ditahan anggota unit kereta peronda polis (MPV).

“Semakan mendapati suspek telah dibuang kerja pada 2022 lalu dan kini ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 170 Kanun Keseksaan,” katanya pada Isnin.

Sebelum ini, tular rakaman di X memaparkan seorang individu berpakaian uniform Polis Diraja Malaysia (PDRM) ditahan dua anggota polis berhampiran Plaza Tol Duta, Kuala Lumpur.

Suspek yang turut memakai ves dengan tentera perkataan polis serta memakai pangkat koperal sebelum itu dipercayai menahan sebuah kereta kononnya untuk pemeriksaan sebelum tindakannya itu dikesan anggota bertugas.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat