SUASANA panas menyelubungi dunia muzik tempatan apabila konsert ulang tahun ke-20 kumpulan indie rock terkenal, Hujan menjadi antara acara paling dinantikan tahun ini, sehingga mencetuskan fenomena ‘perang tiket’ dalam kalangan peminat.
Konsert istimewa yang diberi nama “HUJAN XX: #HUJAN20TAHUN” itu dijadualkan berlangsung pada 27 Jun 2026, jam 8.30 malam di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil, sekali gus menjadi detik bersejarah buat perjalanan dua dekad kumpulan tersebut.
Apa yang lebih menarik, bukan hanya peminat tegar atau ‘Raingers’ sahaja yang teruja, malah beberapa selebriti popular turut sama turun padang memeriahkan promosi konsert ini di media sosial.
Antaranya pelakon terkenal Nabila Huda, penyanyi dari kumpulan Spider iaitu Tam Mustafah, serta Exists menerusi Along Exists. Pelakon Syafie Naswip turut dilihat sama menaikkan hype konsert berkenaan.
Menerusi perkongsian di aplikasi Thread, kempen promosi konsert ini tampil dengan gaya santai tetapi mencuri perhatian:
“HUJAN ke tak HUJAN hari ni? Jangan lupa standby payung merah… jom kita riot!”

Dalam masa sama, tinjauan di media sosial mendapati peminat mula ‘berperang’ mendapatkan tiket sebaik sahaja jualan dibuka, dengan beberapa kategori dilaporkan habis dalam masa singkat.
Situasi ini menjadikan suasana pembelian tiket seperti satu fenomena tersendiri dalam kalangan peminat muzik tempatan.
Konsert ini turut menampilkan barisan penting dalam perjalanan Noh Salleh bersama rakan seperjuangan seperti AG Coco dan Izat Hujan yang dijangka menghidupkan malam penuh nostalgia dan tenaga luar biasa.
Harga tiket ditawarkan bermula RM158 hingga RM268 dengan pelbagai kategori kreatif seperti Sang Enemy, 123 Go, Mencari Konklusi dan ABCDEFGHUJAN, yang sudah pun mencuri perhatian peminat sejak awal diumumkan.
Dengan gabungan nostalgia, barisan artis sokongan dan sambutan luar biasa peminat, konsert ini dijangka menjadi antara acara muzik paling ‘riot’ dan ikonik tahun 2026.
Baca juga:








