Bukit Aman ambil alih kes serangan anak Rafizi

PETALING JAYA: Ketua Polis Selangor, Komisioner Datuk Shazeli Kahar memaklumkan, kini siasatan kes serangan terhadap anak bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Mohd Rafizi Ramli diambil oleh Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman.

Berdasarkan laporan Sinar Harian hari ini, Shazeli menjelaskan alasan disebalik penyerahan kes itu dibuat selaras dengan keperluan siasatan yang lebih menyeluruh dan berpusat.

Beliau turut meminta orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kes tersebut diminta menyalurkannya terus balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.

“Kerjasama masyarakat amat dihargai demi memastikan keadilan dan ketelusan dalam proses siasatan,” katanya.

Sebelum ini, media melaporkan dalam kejadian pada pukul petang minggu lalu, anak Ahli Parlimen Pandan berusia 12 tahun itu, dserang dua individu yang menaiki motosikal.

Shazeli dilaporkan berkata, kejadian berlaku di tempat menurunkan dan mengambil penumpang di pusat beli-belah berkenaan.

Sementara itu, Rafizi dalam kenyataan pada Rabu memaklumkan anaknya diserang dengan cara diheret dan disuntik dengan jarum suntikan di pusat beli-belah tersebut.

Rafizi berkata, kejadian berlaku ketika beliau, isteri dan anaknya mahu memasuki kereta untuk meninggalkan pusat membeli belah berkenaan.

Menurutnya, serangan tersebut melibatkan dua orang lelaki yang berpakaian hitam sepenuhnya dan bertopi keledar yang menutup muka keseluruhannya.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat