Buli di MRSM: Tiada Maaf, Buang Serta-Merta – Asyraf Wajdi

KUALA LUMPUR: Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA), Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki menegaskan bahawa tindakan tegas tanpa kompromi akan diambil terhadap mana-mana pelajar yang terlibat dalam kes buli di Maktab Rendah Sains MARA, Besut (MRSM).

“Tiada ruang untuk pembuli di MRSM. Apa jua bentuk kekerasan, termasuk memukul atau mencederakan, sama sekali tidak boleh diterima. Tidak ada alasan yang boleh menghalalkan perbuatan ini,” tegas beliau.

Asyraf berkata, beliau telah mengarahkan Bahagian Pendidikan Menengah MARA untuk memastikan semua pelajar terlibat dibuang sekolah serta-merta tanpa sebarang pertimbangan rayuan.

Menurutnya, MARA komited memastikan MRSM kekal sebagai institusi yang bebas daripada budaya buli dan menjadi tempat pembelajaran yang selamat serta kondusif untuk semua pelajar.

Dalam perkembangan berkaitan, pihak polis akan memohon perintah tahanan reman di Mahkamah Kuala Terengganu hari ini terhadap semua pelajar yang disyaki terlibat bagi membantu siasatan lanjut.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat