Pusaran puting beliung bersaiz sederhana yang berlaku di Batu 1, Lahad Datu, pada Jumaat menyebabkan beberapa bumbung premis perniagaan tercabut dan melayang.
Kejadian itu dirakam dan disiarkan di Facebook Komamura yang memperlihatkan sisi dekat pusaran angin beliung itu berlaku.
Beberapa pengguna media sosial itu turut mendoakan agar insiden tersebut tidak mengorbankan nyawa.
“Allahuakhbar semoga tiada kemalangan jiwa,” kata Rin Sabirin.
‘Ya Allah lindungi lah hamba-hamba mu ini semua,” kata Marda Amir Sam.
Difahamkan kejadian tersebut berlaku sekitar tengah hari tadi.
Bagaimanapun penduduk di sekitar Lahad Datu dinasihatkan agar sentiasa berhati-hati dengan keadaan cuaca hujan dan berangin untuk mengelakkan sebarang kemungkinan buruk yang terjadi.
Baca juga: