Bunuh wanita Indonesia, adik lelaki dan rakan serumah direman

Dua suspek yang disyaki membunuh seorang wanita warga Indonesia di Taman Ungku Tun Aminah, Skudai, Johor pada Ahad ditahan reman selama tujuh hari bagi membantu siasatan.

Menurut Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Balveer Singh Mahindar Singh, suspek merupakan adik lelaki mangsa berusia 24 tahun dan seorang lagi suspek wanita berusia 41 tahun merupakan rakan serumah mereka.

Pihaknya berjaya menahan suspek wanita di lokasi kejadian mayat mangsa ditemui, manakala suspek lelaki ditahan di tempat pembuangan sampah kawasan perumahan itu.

“Mangsa yang berusia 42 tahun dipercayai dibunuh dengan senjata tajam pada pukul 2.30 pagi, manakala kedua-dua mangsa ditahan pada pukul 7.47 malam.

“Polis turut merampas sebilah pisau yang dipercayai digunakan dalam kejadian berkenaan, bagaimanapun punca kejadian masih dalam siasatan.” katanya menurut Kosmo.

Tambah beliau, kedua-dua suspek ditahan reman dan akan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat