KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan Selamat Hari Deepavali kepada seluruh masyarakat Hindu di Malaysia, sambil menyeru agar perayaan tahun ini disambut dengan penuh kegembiraan, kesyukuran dan semangat perpaduan yang menjadi teras Malaysia MADANI.
Dalam satu video sempena Deepavali, beliau menekankan nilai-nilai kasih sayang dan keharmonian sebagai nadi kepada keluarga besar negara ini.
“Semoga perayaan Deepavali tahun ini disambut dengan penuh kegembiraan, kesyukuran dan semangat perpaduan yang menjadi teras Malaysia MADANI, menyalakan cahaya harapan, kasih sayang dan keharmonian dalam keluarga besar negara kita.
Kepada semua penganut Hindu, saya ucapkan Selamat Hari Deepavali.
Deepavali Nal Vazhtugal!” katanya.
Dalam semangat Malaysia MADANI, Deepavali bukan sekadar perayaan agama tetapi juga simbol perpaduan dan harapan yang dikongsi bersama.








