Caj perkhidmatan bergerak PUSPAKOM naik 20 peratus mulai 1 April

KUALA LUMPUR: Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (PUSPAKOM) akan menaikkan caj perkhidmatan bergeraknya antara 10 hingga 20 peratus bermula 1 April ini.

Ketua Pegawai Eksekutif PUSPAKOM, Mahmood Razak Bahman, memaklumkan bahawa kenaikan ini hanya melibatkan perkhidmatan Van Bergerak (MVS) dan Trak Bergerak (MTS).

Menurutnya, pindaan kadar caj ini dibuat bagi menyelaraskan kos perkhidmatan dengan struktur perbelanjaan semasa, selain memastikan kelestarian perkhidmatan bergerak untuk kemudahan pelanggan.

“Pelanggan yang membawa kenderaan ke cawangan PUSPAKOM tidak terjejas dengan perubahan ini. Fi pemeriksaan kenderaan juga kekal seperti sedia ada,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Mengikut jadual baharu, caj MTS bagi 50 kilometer (km) pertama meningkat 10 peratus daripada RM3,000 kepada RM3,300, manakala caj MVS bagi jarak sama naik 20 peratus daripada RM100 kepada RM120.

Mahmood menegaskan bahawa langkah ini bertujuan memastikan perkhidmatan bergerak terus beroperasi dengan lancar bagi memberi kemudahan kepada pemilik kenderaan komersial dan persendirian menjalani pemeriksaan di lokasi pilihan mereka.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat