Calon SPM di Pekan yang terjejas banjir ditempatkan di asrama

Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Pekan, Pahang menempat sejumlah 21 orang calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di dua buah sekolah berikutan situasi banjir yang melanda daerah tersebut.

Para calon SPM tersebut dibawa berpindah dari kediaman masing-masing ke asrama dengan bantuan Angkatan Pertahanan Awam (APM) Pekan serta Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Pekan.

Pegawai PPD Pekan, Mohd Razali Mustafar berkata seorang pelajar ditempatkan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Nenasi dan selebihnya di SMK Paloh Hinai.

Asrama tersebut disediakan pelbagai kemudahan buat mereka untuk menghadapi peperiksaan dengan lancar.

21 orang pelajar tersebut merupakan golongan pelajar yang tinggal di kawasan luar bandar yang juga terputus hubungan, selain rumah ditenggelami banjir gelombang kedua di daerah tersebut.

“Mereka hanya dibenarkan pulang apabila banjir surut sepenuhnya, dan sekiranya mereka tidak mempunyai masalah lagi untuk pulang ke sekolah buat menghadapi peperiksaan,” katanya pada program Road To Success 3.0 di SMK Indera Shah Bandar, Kuala Pahang, lapor Berita Harian.

Turut hadir pada program tersebut, para calon SPM dari sekolah terbabit.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat