Oleh: Tyah Helmi
PEMPENGARUH, Caprice melondehkan kegiatan terkutuk pembuat isi kandungan, Ceo Batu yang didakwa telah menghantar mesej seks kepada remaja perempuan di bawah umur yang dikenali sebagai Isha.
Menerusi pendedahan di laman Instagramnya, terdapat individu yang menghantar pesanan kepada beliau untuk mendedahkan kegiatan jelik Ceo Batu itu di khalayak ramai.
Setelah itu Caprice mendedahkan perbualan antara mereka ketika mana Isha menghubungi CEO Batu menerusi mesej di TikTok pada 1 November 2024 yang menyatakan hasratnya untuk menghasilkan kandungan Tiktok bersama pempengaruh itu.
Didapati CEO Batu memberi maklum balas daripada pempengaruh berkenaan yang kemudian meminta nombor telefon Isha untuk menghubungi melalui Whatsapp.
Caprice memberitahu CEO Batu didakwa telah menghantar foto yang tidak senonoh kepada remaja terbabit dan berkongsikan bahawa CEO Batu didakwa merayu kepada ibu mangsa itu untuk tidak melaporkan perkara itu kepada polis atas alasan dia terlepas pandang dan hantar gambar itu kepada mangsa yang sepatutnya dihantar kepada teman wanitanya.
“Saya merayu sangat akak, untuk berjumpa dengan kak, saya silap kak, gamba tu sepatutnya saya crop. Tapi saya terlepas pandang. Sebab gambar itu saya dah ambik siap-siap untuk hantar kat gf saya.
“Tapi kesilapan saya waktu send kat anak akak, saya tak crop, sebab time tu saya tengah kalut nak shoot video campsite.
“Kak tolong saya merayu sangat, kalau sabit kesalahan 10 tahun saya ke dalam.
Segala yang saya usaha selama semuanya akan hilang kak. Maafkan saya kak, saya masih ada orang tua lagi untuk bagi nafkah,” kata CEO Batu kepada ibu mangsa seperti yang didedahkan oleh Caprice di laman Instagramnya.
Setakat ini, CEO Batu masih belum mengeluarkan apa-apa kenyataan bagi menjelaskan perkara itu kepada orang ramai dan laman Instagramnya kian dibanjiri oleh tohmahan serta kecaman hebat oleh warga atas talian.
Salah satu pemegang akaun Instagram menulis di ruangan komen pada salah satu hantaran kandungan di Instagram CEO Batu menyifatkan perbuatannya itu adalah ‘Pedofilia’ dan menyarankan kepada rakyat Malaysia yang lain untuk henti mengangkat individu seperti itu sebagai pempengaruh dan ikutan orang ramai.
Baca juga: