Oleh: Tyah Helmi
KUALA LUMPUR: Selain mahu berdamai, Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ramli menegaskan bahawa beliau tidak pernah menyebut bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli terlibat dengan kes rasuah berjumlah RM2.5 bilion dalam hantaran video di laman sosialnya yang tular baru-baru ini.
Menerusi sidang media pada Jumaat, Caprice tampil menjelaskan menerusi hantaran video beliau itu hanyalah melontarkan soalan yang munasabah berkait hubungan Rafizi bersama seorang ahli perniagaan yang juga didakwa memiliki saham dalam syarikat milik Rafizi, Invoke Solutions Sdn Bhd.
“Rafizi Ramli buat satu video umum yang beritahu Caprice ini fitnah dia seolah-olahnya yang dia terlibat dengan rasuah RM2.5 bilion
“Saya tak pernah sebut tentang RM2.5 bilion, Cap tidak pernah ‘mention’ atau petik RM2.5 bilion dan tiada pun dalam video saya.
“Saya hanyalah bertanyakan tentang soalan munasabah, ‘Can this be conflict of interest?’ (Adakah ini boleh dianggap sebagai konflik kepentingan)?
“Ya atau tidak, itu sahaja,” tegasnya.
Pada masa yang sama, beliau turut mempersoalkan perbezaan dirinya bersama Rafizi kerana kedua-duanya mempunya platform ‘podcast’ yang boleh sahaja bertanyakan pelbagai jenis soalan termasuklah isu rasuah dan sebagainya.
“Caprice jarang sangat kumpulkan isu-isu politik dan saya percaya isu ini tidak melibatkan isu politik dan ianya hanya lontaran soalan yang munasabah,” kata Caprice.
Terdahulu, media melaporkan Caprice memuat naik kandungan rakaman video yang mendedahkan pihaknya menerima maklumat bahawa terdapat dakwaan penglibatan Rafizi Ramli bersama seorang ahli perniagaan yang turut didakwa mempunyai saham dalam syarikat milik Ahli Parlimen Pandan iaitu Invoke Solutions Sdn Bhd.
Ketika disoal adakah Caprice akan bertemu Rafizi Ramli, beliau menjawab bahawa beliau sudi untuk bertemu dengan Rafizi dalam masa terdekat ini dan akan memberi sejambak bunga ros sebagai tanda mahu berdamai.
“Saya sudah membeli bunga iaitu Ros kepada Rafizi sebagai tanda mahu berdamai.
“Bunga itu mungkin bertahan dalam tujuh hari sebelum apa kita panggil layu.
“Jadi kepada Rafizi, tolong dan ayuh kita berdamai, di dalam semangat Ramadan ini dan jangan saman saya, serta babit dengan perang politik ini, ujarnya.
Terdahulu, Rafizi memberi amaran akan memfailkan saman terhadap Caprice sekiranya tiada permohonan maaf dibuat selepas fakta sebenar dibentangkan.
Untuk rekod, isu tersebut berkait dengan siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap dua dasar nasional iaitu program Silicon Vision dan Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR) semasa Rafizi menjawat Menteri Ekonomi.
Baca juga:








