PETALING JAYA: Dalam dunia bola sepak, Mohamed Salah kekal sebagai simbol disiplin dan ketekunan luar biasa.
Jadual kecergasan bintang Liverpool itu bukan sekadar rutin harian tetapi ia adalah gaya hidup.
Salah bersenam empat hari seminggu dengan dua hari fokus pada bahagian atas badan dan dua hari untuk bahagian bawah.
Antara rutin yang diamalkan termasuk untuk membentuk otot dada (incline dumbbell presses), menguatkan bahu (dumbbell shoulder presses, lateral raises) dan untuk kekuatan kaki (bulgarian split squats, romanian deadlifts).
Malah, semasa cuti, beliau tetap melakukan latihan intensif seperti larian sejauh enam kilometer set dengan seminit rehat sahaja.
Tiada istilah makan ‘sesuka hati’ buat Salah. Menu hariannya wajib ada brokoli, diiringi ubi keledek, ikan, ayam dan sayur-sayuran.
Di rumah, Salah menggunakan ruang khas untuk pemulihan termasuk chamber hiperbarik dan cryotherapy.
Ketika Ramadan, beliau dikenali melakukan sesi gym pada pukul 2 pagi.
Salah turut mengamalkan visualisasi dan kesedaran minda (mindfulness) untuk mengekalkan fokus ketika berada di bawah tekanan.
Dengan dua ruang gim berteknologi tinggi di kediamannya, Salah memastikan setiap aspek kecergasan dan pemulihan dikawal rapi termasuk mesin ais untuk rawatan otot.








