Ekonomi Malaysia Kekal Kukuh, KDNK S4 2025 Tumbuh 5.7 Peratus
KUALA LUMPUR: Ekonomi Malaysia terus menunjukkan ketahanan luar biasa apabila Anggaran Awalan Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) bagi suku keempat (S4) 2025 mencatat pertumbuhan kukuh sebanyak 5.7 peratus, melepasi unjuran median Bloomberg pada 5.4 peratus. Menurut Kementerian Kewangan (MOF), sektor perkhidmatan kekal sebagai pemacu utama dengan peningkatan 5.4 peratus, didorong oleh permintaan domestik yang masih […]











