Cemerlang tapi terpaksa berhenti belajar, MARA akan bantu sampai berjaya
KUALA LUMPUR: Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA), Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki memberi jaminan akan membantu seorang pelajar cemerlang yang terpaksa berhenti belajar dan bekerja di kilang selepas keluarganya berdepan kesempitan hidup. Menurut Asyraf, pelajar lepasan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) itu memperoleh keputusan 9A dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Purata Mata Gred Kumulatif […]