Sekumpulan pakar berkumpul bagi melaksanakan mesyuarat Jawatankuasa Konvensyen Tentang Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Terhadap Wanita (CEDAW) bilangan ke-3 bertujuan untuk meningkatkan produktiviti golongan wanita.
Mesyuarat tersebut membincangkan input yang telah dikemukakan oleh kementerian termasuk agensi susulan mesyuarat yang lalu bagi membantu penyediaan maklum balas terhadap Persediaan Dialog Konstruktif Laporan Berkala CEDAW.
Mesyuarat tersebut dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), Datuk Dr Maziah Che Yusoff secara hibrid.
CEDAW merupakan salah satu perjanjian hak asasi manusia yang paling banyak diratifikasi di dunia, menerima ratifikasi lebih daripada 189 buah negara termasuk Malaysia.
Inisiatif tersebut berusaha untuk mengakhiri diskriminasi terhadap wanita dalam semua bentuknya, termasuk dalam konteks seperti akses kepada penjagaan kesihatan, pekerjaan, dan penyertaan politik.
Malaysia menyambut baik konvensyen ini telah mempraktikkannya dengan melaksanakan undang-undang yang melindungi wanita seperti Akta Keganasan Rumah Tangga dan Akta Gangguan Seksual.
Beberapa kementerian turut serta dalam mesyuarat tersebut, termasuk Kementerian Dalam Negeri, Kementerian Kesihatan Malaysia, Kementerian Luar Negeri, Kementerian Kewangan, Kementerian Sumber Manusia, Kementerian Pendidikan Malaysia, Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah dan Kementerian Komunikasi.
Beberapa jabatan kerajaan turut menghadiri mesyuarat tersebut, antaranya Jabatan Peguam Negara, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia dan Majlis Keselamatan Negara.
Baca juga: