Paras air yang naik mendadak membuatkan toga pekerja rumah pam pasir tidak sempat menyelamatkan diri sehingga mengakibatkan mereka terperangkap di atas sebatang pokok di Hutan Lipur Lata Tembakah, Jerteh, Terengganu pada Isnin.
Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jerteh, Muhammad Tarmimi Che Musa, pihaknya menerima panggilan kecemasan pukul 5.30 petang.
Seramai 10 anggota penyelamat diarakan ke lokasi kejadian.
“Ketika tiba di lokasi kita dapati dua mangsa berada di dalam rumah pam, manakala seorang lagi mangsa berada di atas pokok yang terletak kira-kira 3 meter dari rumah berkenaan.
“Semua mangsa bertindak menyelamatkan diri apabila paras air meningkat dengan mendadak di kawasan berkenaan sehingga menyebabkan mereka terperangkap,” katanya.
Jelasnya, mangsa terperangkap banjir ialah Muhamad Fikri Bukhari, 22; M Nue Zamzami Idris, 26, dan Mukriz Abu Bakar, 29.
Beliau turut memberitahu, disebabkan arus deras, pasukan penyelamat menggunakan bot whaly untuk ke lokasi kejadian.
“Keadaan arus yang deras menyebabkan pasukan penyelamat sukar untuk ke lokasi berkenaan.
“Bagaimanapun, usaha yang dilakukan berjaya membawa keluar kesemua mangsa dari lokasi berkenaan dan dihantar ke pusat pemindahan sementara (PPS) yang berdekatan,” katanya.
Baca juga: