Kematian Mila Sharmila Samsusah, 32, atau Bella yang dibunuh bermotifkan cemburu dan sakit hati.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, motif berkenaan dikenal pasti hasil siasatan menyeluruh dilakukan polis.
“Motif pembunuhan Bella ini adalah kerana kes cemburu dan sakit hati.
“Kes bunuh ini mesti mempunyai motif. Daripada motif itulah kita akan memulakan dan dapat bayangan siasatan kita. Jadi inilah motif yang kita dapat tahu menerusi siasatan dibuat,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor pada Rabu.
Memetik laporan Harian Metro itu, menyatakan terdahulu, Razarudin menghadiri Majlis Pemakaian Pangkat dan Serah Terima Tugas Ketua Polis Johor, Timbalan Ketua Polis Johor dan Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Kontinjen Johor di IPK Johor.
Bella dilaporkan hilang pada malam 14 Disember lalu selepas keluar ke kedai dobi bersama teman lelakinya.
Kehilangan ibu tunggal kepada dua anak, Eusof Abdul Fatah, 4, dan Maream Isabel, 2, hanya disedari pada keesokan hari selepas mesej dan panggilan telefon dihantar kakaknya, Norhisham, tidak dijawab.
Suspek berusia 24 tahun yang merupakan teman lelaki Bella ditahan dan didakwa di Mahkamah Majistret Batu Pahat ada Rabu atas pendakwaan membunuh mangsa bulan lalu.
Razarudin berkata, punca kematian Bella disebabkan keretakan di kepala akibat objek tumpul.
Baca juga:








